Wednesday, 17 July 2013

ARCHITECTURE DRAWING ^-^

                  lukisan seni bina

     

PERSPEKTIF  
Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D). Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan tersebut.
Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik.
Istilah-istilah dalam Lukisan Perspektif:

1.    Horizon Line / Garis Horizon :  Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garis horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata cacing; perletakan di atas garis tanah untuk memperoleh pandangan mata burung; letakkan dekat dengan horizon untuk pandangan normal.
2.    Ground Line / Garis Tanah : Landasan objek yang ingin digambar.
3.    Vanishing Point / Titik Lenyap : Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk gambar perspektif jauh; letakkan titik tersebut berdekatan untuk memperoleh pandangan dekat.
4.    Picture Plane / Satah Gambar : Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas kertas.


Lukisan Perspektif boleh digambarkan melalui :
i.              Pandangan Mata Burung/Bird’s Eye View
ii.             Pandangan Mata Manusia/Human’s Eye View
iii.            Pandangan Mata Cacing/Worm’s Eye View


.    Perspektif 1 Titik Lenyap                      


Terdapat 3 jenis Lukisan Perspektif yang biasa terdapat dalam Lukisan Persembahan, iaitu;






LUKISAN YANG MEMPUNYAI SATU TITIK LENYAP 

JENIS -JENIS PERSPEKTIF 
i : perspektif 1 titik lenyap 
ii : perspektif 2 titik lenyap (kiri & kanan )
iii : perspektif 3 titik lenyap (atas , bawah & tepi )


CREATED BY : NUR SHAHIRA BT MANSOR
                     
RUPA
hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya
garisan yang tidak bertemu permulaan dan hujungnya tidak membentuk rupa.

1. Jenis-jenis rupa
a. Rupa geometri

rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, oktagon, segi tiga, segi empat dan lain-lain rupa

b. Rupa organik
merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
contoh

2. Mengenal rupa
a. rupa dalam objek buatan manusia


b. rupa dalam objek alam sekeliling


3. Rupa positif dan negatif
a. rupa positif
ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu


b. rupa negatif
ialah ruang disekeliling rupa objek tersebut


4. Rupa dalam aktiviti mencorak
a. Corak yang dihasilkan daripada rupa positif dan negatif


5. Rupa dan lambang
rupa boleh diolah menjadi lambang, simbol atau jenama sesebuah syarikat, persatuan atau pertubuhan

6. Rupa muka taip
boleh diolah untuk menghasilkan pelbagai gaya
By:NATASYAH

Asas Seni Reka

ASAS SENI REKA
Sangat penting dalam penghasilan karya
Karya seni yang baik adalah hasil gabungjalin antara unsur seni dan prinsip rekaan.

ASAS SENI REKA


GARISAN
cantuman ialah cantuman satu siri titik
....................................................___________________
Jenis-jenis garisan
garisan boleh dihasilkan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik

2. Garisan pada objek alam sekeliling


3. Garisan pada objek buatan manusia


4. Kajian kesan garisan
a. pelbagai bahan
pelbagai alat dan bahan memberikan kesan garisan yang berlainan jenis.



b. Pelbagai teknik
pelbagai teknik dalam penghasilan garisan juga akan memberi kesan


garisan dan corak dalam objek alam


ton garisan menimbulkan bentuk
garisan berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan


Garisan dan Ruang
garisan dalam hasil kerja 2D dapat mewujudkan kesan ruang seperti dalam gambar
By:NATASYAH

Wednesday, 10 July 2013

Lukisan

Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan

 3. perspektif Objek / item
* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna

By:Natasyah